Translate

BONGKAR RAHSIA DARI YANG PAKAR!

BONGKAR RAHSIA DARI YANG PAKAR!

Wednesday, January 1, 2014

Penyakit Lemah Tenaga Batin


Premature ejaculation atau cepat keluar air mani semasa bersama. Lemah tenaga batin adalah satu keadaan sangat biasa, terutama di kalangan lelaki berumur.

Dianggarkan separuh daripada lelaki berusia antara 40 dan 70 tahun mengalaminya.

Pengenalan

Ramai lelaki pernah melalui kesukaran mendapatkan ereksi namun tidak perlu bimbang kerana ia bersifat sementara.

Jika ketidakupayaan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan berterusan lebih beberapa minggu atau bulan, bantuan perubatan harus dicari.

Punca

Lemah tenaga batin mungkin disebabkan penyakit kesihatan asas, komplikasi pembedahan, kesan sampingan ubat, gaya hidup dan psikologi.

Ereksi melibatkan otak, saraf, hormon dan saluran darah. Apa yang mengganggu fungsi normal otak, saraf, hormon dan saluran darah boleh membawa kepada masalah ereksi.

Apabila seorang lelaki teruja, otak menghantar isyarat ke zakar melalui saraf yang meningkatkan aliran darah ke zakar, menyebabkan tisu kembang dan keras. Oleh itu, apa jua yang mengganggu sistem saraf atau peredaran darah boleh membawa kepada lemah tenaga batin.

Keadaan psikologi seperti kemurungan, boleh mengurangkan nafsu dan berlaku perubahan hormon. Lemah tenaga batin boleh terjadi atas pelbagai sebab yang berpunca dari keadaan fizikal dan mental.

Sebab fizikal termasuk:

  •  Penyempitan saluran darah ke zakar - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi atau kencing manis.
  •  Penyakit jantung atau tiroid, aliran darah lemah atau gangguan sistem saraf (seperti multiple sclerosis atau penyakit Parkinson).
  • Masalah tulang belakang seperti slip disk, osteoporosis atau kemalangan yang merosakkan tulang belakang atau saraf di tulang belakang.
  • Ubatan termasuk ubat tekanan darah, jantung, ulser peptik, pil tidur.
  • Nikotin, alkohol, kokain atau penyalahgunaan dadah.
  • Masalah hormon.
  • Pembedahan atau cedera seperti kerosakan saraf dari pembedahan prostat dan kecederaan saraf tunjang.


Sebab psikologi termasuk:

  •  Masalah hubungan dengan pasangan.
  • Kebimbangan seperti keraguan dan kegagalan.
  • Kemurungan seperti tekanan perasaan.
  • Jangkaan seksual tidak realistik.
  • Sebab fizikal adalah lebih biasa di kalangan lelaki tua. Sebab emosi lebih biasa di kalangan lelaki muda.
Tanda mati pucuk:

  • lSementara atau sekali-sekala, semua lelaki mengalami masalah ereksi pada suatu masa dalam hidup mereka.
  • Beransur-ansur dan berterusan; biasanya kes mati pucuk kronik.
  • Terjadi tiba-tiba tetapi masih mempunyai ereksi di awal pagi dan sewaktu bersama, melibatkan psikologi dan fizikal.

Gejala mati pucuk
  •  Masalah mendapatkan ereksi.
  • Masalah mengekalkan ereksi.
  •  Keinginan seksual berkurangan.

Rawatan moden

Lemah tenaga batin boleh dirawat pada sebarang usia. Rawatan bergantung kepada kesihatan dan punca masalah.

Dalam beberapa kes, perubahan gaya hidup boleh menghilangkan lemah tenaga batin. Kebanyakan lelaki lemah tenaga batin, memerlukan rawatan lanjut. Pilihan rawatan termasuk:

  1. Psikoterapi (kaunseling).
  2. Ubat-ubatan.
  3. Pembedahan.
  4. Fisioterapi
  5. Rawatan ayat al-Quran

Kepada pesakit yang mengalami lemah tenaga batin, jangan putus asa mencari cara dan ikhtiar untuk rawatan.

Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu’ anhu, bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda,

“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan izin Allah ‘azza wa jalla." (HR. Muslim)

Sumber Artikel : Utusan Malaysia